Seri 30 an?😊

Jadi perempuan ni remeh. Baru sekarang saya sedar yang jadi perempuan ni macam² yang kena jaga. Dulu x kisah pun pasal kulit wajah. Pasal penjagaan rambut,mata & badan. Sekarang bila dah beranak dua & dah masuk 30 an. Mula la sibuk nak jaga muka. Jaga kesihatan 😌. Dengan keadaan yang sibuk. Saya x bekerja. Cuma seorang surirumahtangga yang hari² nya memang berada di rumah. Menguruskan rumah, anak² dan suami.

Baiklah. Kat sini saya nak kongsikan sedikit apa yang saya gunakan untuk wajah,rambut,mata & badan. Kebanyakan produk memang mudah untuk didapati & x merobek poket 😁. 

Untuk wajah. Saya memang gunakan Safi Rania Gold with Beetox technology. Boleh baca review di Klik sini.



Dalam gambar atas tu adalah semua produk yang saya gunakan.




Biore cleansing oil. Botol kedua yang saya dah gunakan. Kalau dah guna sampai 2 kali maknanya memang sesuai untuk saya. Teknik oil cleansing sememangnya dah jadi trend sekarang ni kan. Jadi saya pun saja² nak cuba.Memang menjadi..gembiranya. Ternyata kulit lagi bersih berganda² selepas cuci guna oil cleanser. Bau dia wangi sangat..love it 🌹🌹.




Yang ni pula Bio essence rose gold. Masa tengah offer. Saya terus grab yang botol besar. Bukan senang nk abiskan tapi saya tetap paksa diri untuk habiskan. Sayang kalau x habiskan. Rugi kalau membazir. Dah kurang dari setengah botol. Essence ni bau dia xla kuat sangat wanginya. Ada gold flakes di dalam. Botol kaca. Kalau jatuh konfem pecah 😩. Selalu nya saya akan guna ni lepas toner Aiken & sebelum eliksir keremajaan SRG. 




Untuk bibir. Saya memilih produk dari OrganicHana. Lips scrub saya dah bagi review Klik sini. Yang tu pulak lip balm dari Mentholatum. Memang hari² saya guna lip balm sekarang sebab takut bibir merekah. Kena rajin scrub bibir & jangan lupa apply lip balm biar bibir nampak sihat πŸ’‹πŸ’‹




Untuk penjagaan mata. Saya gunakan mask mata yang comel tu. Haha. Tu pun first time guna sebab watson buat offer. So beli la 3. Tinggal satu lagi. Saya jarang guna mask. 

Aurora oil tu dari OrganicHana. Untuk melebat & memanjangkan bulu mata,rambut & jambang. Ada ekstrak buah keras di dalam nya. Yang akan membantu mempercepat & melebatkan bulu. Setakat ni baru 5 kali saya gunakan. Tapi guna waktu malam sebelum tidur ye. Esok paginya kena cuci. 

Simple eyes roll. Masa mata moody..malasss..mengantuk. Saya gunakan ni la. Biar nampak segar sikit. Kalau dari segi untuk kasi firming. Memang xda kesan. Buang mata panda?..maybe dengan pemakaian yang strict. Panda eyes boleh hilang kut. Atau berkurang.




Haaa..yang ni paling saya suka. Vietnam mask. Botol yang ketiga. Diulangi ketiga πŸ˜‚..sebab dia paling power sekali bab² tarik white head / black head. Bulu² halus di muka pun habis ditariknya. Belum ada mask yang dapat menandingi mask ni. Murah pun murah.




Untuk penjagaan rambut. Saya guna produk dari Safi Shayla. Sebab rambut asyik gugur. Jadi saya usaha cuba method lain untuk mengurangkan keguguran rambut. Paling saya suka penyegar rambut tu. Rasanya baru kut..memang rasa segar sangat kulit kepala lepas guna. Nanti² nak beli hair condiotioner rambut Safi pulak. 




Yang ni pulak serum rambut Safi Shayla. Dah nak sebulan guna. Memang best. Sapa rambut panjang memang sesuai guna ni. Buat rambut lagi terurus. Tak perlu sikat pun 😊.



Memang dari zaman remaja guna. Saja saya ambik teen punya sebab pink πŸ˜†πŸ˜†. Tak pernah guna deodorant lain. Masih setia bersama Rexona. Ketiak pun penting yeee..kalau muka cantik tapi ketiak bauuu..emmm..boleh membuatkan orang² di sekitar kemurungan




Losyen dari Vaseline. Saya bukanla peminat losyen sebab seharian memang kerja saya asyik guna air. Jadi sebelum tido barulah sapu losyen.




Clay mask. Guna 2 kali seminggu. Rasa segar sangat² lepas guna. Pori² pun nampak mengecil. 
Hydra fresh anti-ox tu pulak selalu guna sebelum tido. Bangun pagi cuci muka. Kulit rasa lembuttttt..toink³. Bau dia pun wangi. Guna sikit je untuk seluruh muka.

Ok. Itu sahaja yang saya dapat kongsikan tentang rutin penjagaan wajah,mata & rambut yang saya selalu buat😁😁.




Comments

  1. Waa....byknya koleksi skincare sis! Hihihi, akak pun ada byk jg, tapi tak terasa sebab ada yg letak kat rmh & ada yg di ofis. Mmg sebaiknya kita menjaga kulit dr muda supaya tak perlu 'repair' kulit waktu dah berumur nanti. Bukannya nak elak penuaan cuma supaya kita dpt 'age gracefully', Insya-Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😊😊 baru nampak komen. Hehe. Sama² kita mencantikkan diri.

      Delete

Post a Comment