Pengalaman dengan Safi Rania Gold

Salam jumaat semuanya. Hari ni saya nak kongsikan pengalaman setelah 3 bulan lebih menggunakan Safi Rania Gold with beetox technology. Saya x beli yang satu set. Saya beli satu² sebab kulit saya memang jenis susah nak guna krim siang & malam. Lagi² bila berpeluh 😁. Oleh sebab dah masuk 30. Jadi saya pun sibuk la mencari skincare yang sesuai untuk muka. Sebab selama ni,cuma guna pencuci muka Garnier & essence je. Benda lain xda. Jadi saya pun beli dan cuba produk dari SRG ni. Mula² tu takut juga kalau x sesuai. Tapi tetap berkeras juga nak guna 😆..



Ini adalah 4 jenis produk dari SRG yang saya cuba guna. Gel pencuci tu adalah yang kedua saya gunakan sebab saya suka sangat². Mula² beli yang pek kecil. Lepas tu saya beli yang besar. Saya perasan yang kulit saya kering lepas beranak anak kedua. Merekah di tepi² mulut. Tapi di sekitar T zone masih berminyak. Begitu juga area pipi.

Scrub SRG saya gunakan 2 kali seminggu. Bau nya wangi. Saya paling suka scrub muka untuk membuang sel kulit mati. Lepas scrub rasa kulit lebih lembut & moist.


Dan ini pula eliksir keremajaan. Yang paling saya suka semestinya. Saya siap beli satu lagi sebab botol pertama dah nak abis. Ia mengandungi Nano gold 24k & vitamin c. Beetox dan propolis. Mana nak cari kandungan yang mahal khasiatnya dengan harga yang berpatutan? Saya memang sukakan sesuatu yang mengandungi madu lebah. Contohny macam Honeybee venom moisturizer yang sangat famous tu tapi saya x mampu nak beli sebab terlalu mahal 😌.

Eliksir ni harga dia RM30++. Harga di sesetengah tempat berbeza. Kalau ada offer,dapat la yang murah. Sepanjang pemakaian saya. Eliksir ni mmg cepat menyerap. Selalunya saya guna 3 titis untuk seluruh muka. Memang hari² saya guna. Satu botol boleh tahan sampai 3 bulan atau lebih dari tu. Ikut cara penggunaan masing². 


Ini la wajah saya tanpa secalit Foundation/bb cream. Cuma guna lip tint & eyeliner je. Memang nampak perbezaan ketara selepas saya konsisten gunakan SRG. Nampak perubahan pada wajah. Wajah lebih lembap. Dulu kusam..tapi sekarang seri tu dah nampak sikit 😊. Alhamdulillah. Nak keluar rumah mekap simple² pun cukup. Diri pun lebih yakin dengan skin sendiri. 

Unpaid review.
Rating : 5/5





Comments