Tahun Baru Cina 2019

Tahun ni x dapat balik. Suami nak ambik cuti pun x dapat. Semua berebut nak balik 😁. Maka, bercuti la kami anak beranak di Kapit sahaja. Cuti 2 hari..buat apa ye?xda apa² pun. Saya sibuk kemas² rumah. Suami pulak sibuk tolong jagakan anak². Lepas ditinggalkan selama 2 minggu..habuk,debu...macam² lagi la yang nak dikemaskan. Tak lama lagi ni kena balik lagi..haaa,terpaksala saya cuci² mana yang patut. Buang sarang labah². Tahi cicak merata tempat 😕..

Petang tu kita orang jalan² la sekejap di Pasar Kapit..al maklum tengah CNY. Sunyi..x banyak orang. Pasar ni pun xla besar sangat. Kedai pun kebanyakannya tutup. Stesen minyak pun turut bercuti 😅. Sehari dua sebelum tu panjang jugala yang beratur nak isi minyak. Suami terpaksa turun awal pagi sebab tak nak tunggu lama².







Kapit oh kapit. Tak pernah terpikir pun akan duduk kat sini. Lepas ni pindah mana lagi ye 😬😬.

Comments